Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Tonggak negara putih mata, skuad karate teliti SOP latihan

sss

Skuad karate negara sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) program latihan, selepas tonggak utama yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou bagi acara kumite lelaki bawah 84kg, Arif Afifuddin Malik, terpaksa digugurkan.

Arif ditimpa kecederaan serius patah tangan ketika menjalani kem latihan skuad negara di Vietnam, secara tidak langsung terlepas peluang mempertahankan pingat emas di Aichi-Nagoya bulan hadapan.

Senario ini memaksa barisan kejurulatihan negara terpaksa bergantung harap kepada atlet lain bagi merealisasikan sasaran satu pingat emas yang disasarkan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF)

Di Hangzhou 2022, skuad karate negara membawa pulang satu emas dan dua perak untuk menghuni kedudukan keempat terbaik keseluruhan.

"Kebanyakannya adalah berkaitan kecederaan lama dan atlet juga seharusnya tahu bagaimana untuk elak kecederaan.

"Walau macam mana pun, kami masih ada pilihan lain untuk memuktamadkan barisan atlet Sukan Asia.

"Kami perlu berhati-hati kerana dalam kategori kecil ini dalam usaha mengekalkan pingat dengan kualiti atlet sedia ada.

"Dengan (kontinjen) kecil, kami mengharapkan atlet wanita, C. Shahmalarani, K. Thevendran dan H. Sureeya Sankar membantu kami memenangi emas, " katanya.

Selain Arif, atlet sensasi Lovelly Anne Robberth turut menjadi penyumbang pingat kem negara di Hangzhou apabila meraih perak dalam kata individu sebelum membantu skuad kata berpasukan wanita negara raih pingat perak, sekali gus menuai tiga pingat dalam Sukan Asia 2022.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video