Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: The Speedy Tigers muncul juara kumpulan selepas atasi China 5-0

dd
Advertisement

Malaysia menutup kempen peringkat Kumpulan B, Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 dalam saingan hoki lelaki dengan bergaya setelah berjaya tumpaskan China keputusan 5-0 di Gifu Prefectural Green Stadium, sebentar tadi.

Malaysia yang telah mara ke separuh akhir lebih awal mengesahkan kemaraan sebagai juara kumpulan dengan rekod tanpa kalah.

Advertisement

The Speedy Tigers membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi Fitri Saari melalui gol padang.

Bersambung babak suku kedua, Malaysia menambah dua lagi jaringan dalam masa singkat. Gol kedua yang hadir menerusi pukulan sudut penalti disudahkan oleh Akhimullah Anuar Esook pada minit ke-22. Berselang dua minit kemudian, giliran Ashran Hamsani pula menambah jaringan menerusi situasi gol padang.

Advertisement

Suku masa ketiga menyaksikan Malaysia menambah satu lagi gol padang hasil jaringan penyerang berkaliber, Faizal Saari.

Malaysia menutup perlawanan pada suku masa keempat dengan satu lagi gol padang oleh Azrai Aizad Abu Kamal di hujung perlawanan.

Malaysia mara ke separuh akhir dengan rekod bersih tanpa kalah dalam aksi Kumpulan B dan bakal menanti naib juara Kumpulan A yang masih belum ditentukan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement