Skip to main content

Hoki

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Skuad hoki negara raih perak, terlepas tiket ke Sukan Olimpik

hoki
Advertisement

Skuad hoki lelaki negara memenangi pingat perak Sukan Asia Aichi-Nagoya apabila tewas 1-5 kepada India dalam perlawanan penentuan pingat emas di Stadium Gifu sebentar tadi.

Berdepan gergasi hoki dunia itu, skuad negara dibolosi seawal minit ke-11 menerusi gol pukulan sudut penalti Harmanpreet Singh.

Advertisement

Bagaimanapun, Shelo Silverius kemudian menyamakan kedudukan buat skuad negara menerusi libasan serong dari dalam D selepas menerima lambungan Fitri Saari pada minit ke-14.

Ketika Malaysia cuba mencari gol pendahuluan dalam suku kedua, anak buah Brendon Carolan itu dikejutkan dengan satu lagi gol pukulan sudut penalti India, yang kali ini disempurnakan Jugraj Singh pada minit ke-23.

Advertisement

Kedudukan skuad negara kian dihujung tanduk selepas itu apabila India dihadiahkan pukulan penalti dan Hardik Singh memanfaatkan sepenuhnya keputusan itu untuk meletakkan pasukannya selesa di depan 3-1.

Dalam suku terakhir, India menambah dua lagi gol hasil jaringan padang Shilanand Lakra (M-54) dan gol pukulan sudut penalti Harmanpreet (M-57).

Sebagai rekod, Malaysia memperbaiki kedudukan dengan menduduki tempat kedua selepas menamatkan edisi lalu di Hangzhou, China di tempat keenam.=

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak dapat menjamin tiket buat skuad negara untuk ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video