Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Sivasangari, Eain Yow tepati ramalan mara ke final

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Sivasangari, Eain Yow mara final
Advertisement

S. Sivasangari dan Ng Eain Yow memastikan cabaran skuasy Malaysia terus menyala di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila kedua-duanya melangkah ke final acara perseorangan wanita dan lelaki.

Sivasangari terlebih dahulu menempah tiket ke final selepas menampilkan aksi meyakinkan menundukkan pemain Hong Kong, Chan Sin Yuk, 11-6, 11-8, 11-7.

Advertisement

Tidak mahu ketinggalan, Eain Yow turut mengikut jejak langkah rakan senegaranya menempah tiket ke final selepas menampilkan aksi meyakinkan untuk menewaskan wakil Pakistan, Noor Azman, dalam tiga set, 11-7, 11-2, 11-4.

Kemenangan itu meletakkan kedua-dua pemain negara hanya selangkah lagi daripada memburu pingat emas yang amat bernilai buat kem Malaysia.

Advertisement

Lebih penting, kejayaan meraih emas di Aichi-Nagoya turut membuka laluan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028) apabila juara acara perseorangan skuasy di Sukan Asia mendapat tiket automatik ke temasya Olimpik berkenaan.

Skuasy bakal membuat penampilan sulung di pentas Olimpik di Los Angeles 2028, sekali gus menjadikan final Aichi-Nagoya amat signifikan buat Sivasangari dan Eain Yow.

Lawan menanti Sivasangari dan Eain Yow merupakan dua wakil India, Anahat Singh dan Abhay Singh dalam buruan pingat emas.

Kini, kedua-dua pemain negara hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk bergelar juara Asia dan dalam masa sama mencipta sejarah peribadi sebagai antara wakil pertama Malaysia yang layak ke pentas Olimpik menerusi skuasy.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement