Dua pelari pecut negara, Azeem Fahmi dan Umaira Subri, akan beraksi dalam saingan separuh akhir acara 100m Sukan Asia Aichi-Nagoya di Stadium Olahraga Mizuho esok.
Azeem layak ke separuh akhir selepas muncul pelari terpantas saringan 5 dengan catatan 10.17s, manakala Umaira pula ke separuh akhir selepas menjadi antara enam pelari dengan catatan terbaik daripada kelompok empat ke bawah, di mana dia mencatatkan 10.43s dalam saringan 1.
Sukan Asia Aichi-Nagoya: Siaran langsung & live streaming separuh akhir & final 100m (Azeem Fahmi, Umaira Subri)
Saksikan separuh akhir acara 100m dalam siaran langsung Liputan Harian Sukan Asia Aichi-Nagoya, yang dijangka bermula pada jam 8.30 malam esok, di Astro Arena saluran 801.
Seandainya ada wakil Malaysia melepasi saingan itu, final acara 100m pula dijangka berlangsung pada jam 10.20 malam esok.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di aplikasi Astro Go dan Sooka.