Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Shu Wai persiap skuad gimnastik artistik terbaik, sasar layak ke LA28

ff
Advertisement

Jurulatih gimnastik artistik wanita negara, Ng Shu Wai, tidak mahu kenangan pahit di Sukan Asia Aichi-Nagoya memadamkan impian Malaysia untuk kembali ke pentas Olimpik.

Sebaliknya, bekas gimnas berstatus Olimpian itu menegaskan perjuangannya masih panjang dan bertekad melahirkan gimnas yang mampu membawa cabaran Malaysia ke Los Angeles 2028.

Advertisement

"Semua penampilan pertama, kami hampir dapatkan 150 mata. Daripada sini mereka dapat belajar banyak, perlu perbaiki kesilapan.

"Kami juga sedang mempersiapkan pasukan terbaik tahun depan untuk mara ke Sukan Olimpik 2028," katanya.

Advertisement

Untuk rekod, Farah Ann Abdul Hadi menjadi gimnas artistik wanita negara terakhir yang mewakili Malaysia di pentas Sukan Olimpik, menerusi penampilannya di Tokyo 2020.

Di Aichi-Nagoya, harapan untuk menyumbangkan pingat juga tidak kesampaian apabila prospek awal Rachel Yeoh gagal menempah tempat di kedudukan podium.

"Sudah lama negara tiada wakil dalam acara berpasukan di Sukan Asia, tetapi kami sudah tunjukkan potensi atlet.

"Kali ini kami hadir ke sini dengan azam yang lebih tinggi, hari pertama mereka beraksi dengan sangat baik." tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement