Skip to main content

Olahraga

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Selepas 1982, adakah pelari daripada ASEAN akan dominasi 100 meter?

olahraga

Memasuki hari kedua saingan olahraga, hari ini bermulanya acara trek dengan tumpuan semestinya kepada acara riben biru.

Kali terakhir pelari daripada Asia Tenggara (ASEAN) mendominasi acara ini ialah pada tahun 1982, melalui Datuk Rabuan Pit yang mencatatkan masa 10.68 saat (s).

Tetapi pada temasya kali ini, dua orang pelari daripada ASEAN menjadi tumpuan, kerana berpotensi untuk merangkul emas dalam acara ini.

Yang pertama sudah semestinya pelari sensasi daripada Thailand, Puripol Boonson, yang menjadi pelari pertama rantau ASEAN yang mencatatkan catatan bawah 10.00s, iaitu 9.94s pada Disember tahun lalu dalam Sukan SEA Thailand.

Nama yang kedua, semestinya pelari pecut kebanggaan negara, iaitu Azeem Fahmi yang memegang rekod kebangsaan 10.09s.

Kedua-dua pelari ini pada edisi 2022 di Hangzhou berjaya meraih pingat perak dan gangsa.

Namun, cabaran hebat bakal dihadapi kedua-dua pelari ini terutamanya daripada China, dengan pemenang emas terdahulu, Xie Zhenye, bakal menjadi penghalang terbesar.

Tidak kurangnya pelari Jepun, Yuki Koike, yang melakar catatan peribadi terbaik 9.98s dan Tada Shuhei yang melakukan 10.01s catatan terbaik.

Puripol bakal turun pada saringan pertama 100m pada jam 8.08 malam dengan seorang lagi pelari negara, Mhammad Umaira Subri, memburu slot ke peringkat seterusnya.

Manakala Azeem pula akan turun pada saringan kelima pada jam 8.40 malam.

Untuk menonton saingan ini secara langsung, jangan lupa ke saluran Astro Arena 801.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement