Kejutan sekali lagi berlaku di Ichinomiya City Municipal Gymnasium dalam acara badminton, kali ini menerusi beregu lelaki apabila pasangan Korea Selatan di ranking nombor satu dunia, Seo Seung-jae-Kim Won-ho, tewas kepada pasangan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, dalam saingan separuh akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi.
Pasangan Indonesia yang kembali digandingkan itu kini menduduki di ranking 46 dunia berjaya mengejutkan pilihan utama itu menerusi aksi straight set, 21-11, 21-14 yang berlangsung selama 35 minit.
Kembali menang dari Kim/Seo, Leo/Daniel melesat ke final!
ON FIREEE!!! ❤️🔥🔥#BadmintonIndonesia #AsianGames2026 pic.twitter.com/UGfNsQxqOt— BADMINTON INDONESIA (@INABadminton) September 28, 2026
Mereka bakal menanti pemenang dalam satu lagi aksi separuh akhir menemukan pasangan juara dunia 2026 dari China, Liang Weikang-Wang Chang yang bakal berdepan dengan satu lagi pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Shohibul Fikri.