Sasaran enam pingat emas kontinjen negara dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 tidak seharusnya dilihat sebagai tekanan sebaliknya menjadi panduan dalam mengukur kemampuan atlet negara.
Menteri Belia Dan Sukan (KBS, Dr.Mohammed Taufiq Johari, percaya kegagalan sukan wushu merealisasikan sasaran emas selepas sekadar meraih gangsa menerusi Tan Cheong Min bukan alasan untuk kontinjen negara berasa kecewa.
Lebih-lebih lagi, karate tampil mencipta kejutan dengan menghadiahkan emas pertama Malaysia semalam menerusi Adeola Fay Robert.
"Sasaran hanya panduan tetapi kepentingnya adalah mampu mencapai pingat itu. Kami ucapkan tahniah buat wushu hadiahkan pingat gangsa, dan bonus karate buktikan walaupun bukan sasaran tetapi mampu capai (emas).
"Sasaran panduan, saya yakin bukan hanya karate tetapi sukan lain juga mampu lakar kejutan dan bonus buat negara," katanya.
Selain wushu, difahamkan skuasy, sepak takraw dan berbasikal trek menjadi sasaran untuk kilauan emas buat kontinjen negara pada temasya kali ini.
Taufiq turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kontinjen negara atas komitmen memastikan kebajikan serta persediaan atlet berada pada tahap terbaik.
“Sasaran hanya panduan, karate buktikan kejutan boleh hadir”, Dr. Mohammed Taufiq Johari on sasaran enam emas kontinjen negara pada temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya. 🥇🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/OGcmvI97jh
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 23, 2026
"Terima kasih seluruh kontinjen, CDM yang memastikan atlet negara dalam keadaan terbaik termasuk ISN dan MSN.
"Ini kerana pengurusan yang baik akan membuahkan hasil. Kami mempunyai pasukan besar yang mampu laksanakan yang terbaik." tambahnya.