Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Sasaran enam emas daripada atlet berpengalaman -- Timbalan CDM

C

Seramai 352 atlet dan 185 pegawai pasukan melengkapkan kontinjen negara ke Sukan Asia Aichi-Nagoya, Jepun bermula 19 September ini — dengan sasaran rasmi 33 pingat keseluruhan.

Jumlah sasaran itu merangkumi enam pingat emas, tujuh perak dan 20 gangsa yang diharapkan dapat disumbangkan menerusi 13 jenis sukan daripada kem negara.

Disebalik pengumuman sasaran itu, laporan rasmi atlet sandaran yang bakal menggalas misi tuaian pingat hasil pemantauan prestasi berperingkat.

Atas dasar itu, atlet dan jenis sukan yang berpotensi menyumbang pingat bakal hadir daripada atlet elit negara

"Berdasarkan laporan yang kami ada, enam emas itu daripada atlet yang sudah berpengalaman. Jika ketika itu mereka di prestasi terbaik, emosi mereka baik, saya rasa mereka boleh berikan yang terbaik.

"Ada antara mereka yang mempunyai sasaran tersendiri, ada yang mahu layak ke Sukan Olimpik, jadi inilah tiket paling penting," kata Timbalan Chef de Mission Malaysia ke Sukan Asia 2027, Saidatul Afifah.

Dalam pada itu, sukan pelayaran merupakan antara sukan yang dicanang untuk terus menyinar di pentas Sukan Asia.

Dalam edisi terdahulu di Hangzhou, China menyaksikan sukan pelayaran menyumbang satu pingat emas menerusi Nur Shazrin Latif (Ilca 6) dan dua pingat gangsa.

"Sememangnya kami dan Azlan melawan di Langkawi, meninjau keadaan dan persiapan, saya teruja pelayaran pelapis dan muka baru, tetapi sangat positif.

"Prestasi pelayar muda sangat cemerlang, jadi tak mustahil ada antara mereka dapat sumbangkan pingat." kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement