Skip to main content

Pelayaran

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Rasmi! Malaysia tambah tiga lagi pingat

Sailor
Advertisement

Kem pelayaran kebangsaan tidak melepaskan peluang untuk menyumbang tiga pingat gangsa buat Kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya di Pelabuhan Layar Kaiyoh semalam.

Olimpian yang beraksi dalam Sukan Olimpik Paris 2024, Khairulnizam Mohd Afendy, kekal menjadi sandaran utama tatkala menamatkan saingan dinghy di tempat ketiga menghadiahkan gangsa daripada 18 peserta yang bertanding, sekali gus mengumpul 14 mata di belakang atlet Hong Kong, Nicholas Bezy, (perak) dan Korea Selatan, Ha Jee-min, (emas).

Advertisement

Dalam masa sama, gandingan lelaki, Muhammad Adam Aierell dan Iqbal Nazham Musmuliadi, turut menaiki podium selaku pemenang gangsa bagi acara skiff lelaki (29er).

Advertisement

Nor Izniey Humaira Mohd Azri-Aina Zulaikha Azizul Rahman juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya mengikut jejak langkah Adam dan Iqbal untuk sekali lagi merangkul pingat gangsa acara skiff wanita (29er) dengan 34 mata. 

Secara keseluruhan, Malaysia sudah mengumpul 30 pingat (sembilan emas, lima perak dan 16 gangsa) dan menduduki tempat ke-10 terbaik setakat ini. 
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video