Skip to main content

Badminton

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Rasmi! Ini senarai penuh skuad badminton negara ke Jepun

bam sukan asia

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebentar tadi mengumumkan senarai penuh skuad badminton negara yang akan mengibarkan cabaran Malaysia dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September depan.

10 pemain terpilih untuk mewakili skuad lelaki, iaitu Leong Jun Hao, Justin Hoh, Eogene Ewe, Kong Wei Xiang, Aaron Chia, Tee Kai Wun, Goh Sze Fei, Nur Izzuddin Rumsani, Chen Tang Jie dan Goh Soon Huat.

K. Letshanaa pula akan mengetuai skuad wanita negara, yang akan turut dibarisi Wong Ling Ching, Oo Shan Zi, Eng Ler Qi, Pearly Tan, M. Thinaah, Low Zi Yu, Noraqilah Maisarah Ramdan, Cheng Su Yin dan Shevon Lai.

Dalam pada itu, bagi acara individu, Jun Hao dan Justin akan mewakili negara dalam kategori perseorangan lelaki manakala Letshanaa dan Ling Ching pula dalam acara perseorangan wanita.

Acara beregu lelaki pula menyaksikan skuad negara membariskan gandingan Sze Fei-Nur Izzuddin dan Aaron-Kai Wun, manakala kategori beregu wanita pula menyaksikan gandingan Pearly-Thinaah dan Zi Yu-Noraqilah Maisarah diletakkan sebagai sandaran.

Pasangan Soon Huat-Shevon dan Tang Jie-Su Yin pula terpilih bagi acara beregu campuran.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video