Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Presiden MOM seru kontinjen negara kekal fokus di Jepun

ddd

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, menggesa kontinjen negara untuk kekal fokus menghadapi temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 tanpa perlu memikirkan isu berbangkit di luar gelanggang.

Norza percaya segala hal berkaitan logistik serta situasi cuaca di Jepun dapat diuruskan sebaik mungkin Jawatankuasa Pengelola Sukan Asia dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan, sekali gus memastikan perjalanan temasya edisi ke-20 kali ini berjalan lancar seperti yang diharapkan.

"Walaupun kita dengar pelbagai masalah di sana sini, tetapi pihak sekretariat yang bekerjasama antara Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan lain-lain bekerjasama agar segalanya berjalan lancer.

"Tahniah CDM dan pembantu menjalankan tugasan dengan baik. Kami akan terus kekalkan dan beri motivasi kepada atlet agar teruskan perjuangan mereka.

"Kami sebagai pentadbir kurangkan masalah, atlet pula fokus dengan semangat untuk berjaya catat sejarah di bumi Nagoya ini." katanya.

Sedar akan situasi tidak menentu yang melanda negara matahari terbit itu ketika ini, dia menegaskan aspek keselamatan dan keselesaan kontinjen negara sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.

Dengan kerjasama erat semua pihak, Norza yakin barisan atlet negara berada dalam keadaan bersedia sepenuhnya demi merealisasikan misi sasaran enam pingat emas yang telah ditetapkan.

Selain isu penempatan atlet, turut menjadi kerisauan penganjur ialah ramalan cuaca buruk taufan berserta hujan lebat yang dijangka melanda Jepun hingga penghujung September ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement