Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Perenang negara selamat jalani pembedahan, tarik diri dua acara

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Perenang negara selamat jalani pembedahan, tarik diri dua acara
Advertisement

Atlet renang negara, Tong Yu Jing, selamat menjalani prosedur pembedahan semalam selepas disahkan mengalami radang apendiks (appendicitis).

Yu Jin kini ditempatkan di wad untuk pemantauan dan rawatan lanjut di Juntendo University Urayasu Hospital.

Advertisement

Atlet berusia berkenaan mula mengalami sakit perut dan muntah-muntah pada 21 September sebelum dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mengesahkan Yu Jin mengalami radang apendiks dan memerlukan prosedur pembedahan segera.

Advertisement

Cadangan itu turut mendapat sokongan pasukan perubatan Institut Sukan Negara (ISN) bagi mengurangkan risiko komplikasi serta memastikan atlet menerima rawatan sewajarnya.

Susulan keadaan tersebut, Yu Jin terpaksa menarik diri daripada dua acara yang dijadual disertainya, iaitu 50 meter gaya bebas pada 21 September dan 50 meter kuak kupu-kupu pada 24 September.

Sekretariat Majlis Sukan Negara (MSN) yang menerima makluman mengenai keadaan Yu Jin pada awal pagi Isnin bertindak segera bagi memastikan atlet itu mendapat rawatan perubatan.

Perkembangan kesihatan dan status rawatan Yu Jin turut dimaklumkan kepada Naib Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Malaysia, Nurul Huda Abdullah, serta Pegawai Perubatan ISN, Dr Ahmad Munawar Helmi Salim.

MSN akan terus mendapatkan perkembangan terkini keadaan Yu Jin dari semasa ke semasa, termasuk status rawatan serta keperluan pengurusan atlet.

Buat masa ini, Yu Jin kekal di hospital untuk pemantauan dan rawatan lanjut oleh pasukan perubatan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video