Perenang muda dari China, Zhang Zhanshuo, berjaya mengukir nama dalam sejarah Sukan Asia apabila muncul atlet pertama memenangi tujuh pingat emas dalam satu edisi temasya di Aichi-Nagoya 2026.
Atlet berusia 19 tahun itu melengkapkan pencapaian bersejarah tersebut selepas menjuarai acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki dengan catatan 3 minit 41.28 saat Jumaat lalu, sekali gus memecahkan rekod Sukan Asia.
Emas dalam acara itu melengkapkan kutipan tujuh pingat emas Zhang sepanjang temasya berlangsung, selepas sebelum ini mengungguli acara 200m, 800m dan 1,500m gaya bebas individu, selain membantu China menjuarai tiga acara berganti-ganti.
Pencapaian tersebut meletakkan Zhang sebagai atlet paling berjaya dalam satu edisi Sukan Asia yang secara tidak langsung meningkatkan reputasinya selaku antara bintang baharu sukan renang di dunia.