"Mental pemain kuat"
Pengurus sepak takraw negara, Datuk Ahmad Zaffry Sulaiman, kekal positif tatkala perejam berbisa negara, Noraizat Nordin, terpaksa mengucapkan selamat tinggal sebelum berjuang pada temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Noraizat yang juga apit kanan negara itu terpaksa digugurkan akibat kecederaan lutut, sekali gus menjadikan misi emas kem takraw negara di bumi Jepun semakin berliku.
Pemain berusia 27 tahun itu akan digantikan dengan Muhammad Shahalril Aiman Halim, selepas Noraizat mengalami kecederaan Ketika menjalani sesi Latihan pada sebelah pagi tadi.
🚨Noraizat Nordin aka bangau cedera lutut, tampak terlepas untuk buat penampilan di pentas Sukan Asia Aichi-Nagoya. Seorang killer dalam perancangan untuk diterbangkan dari KL ke Jepun. 🔁✈️🇯🇵@ASTROARENA pic.twitter.com/kExuJ5nOK5
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 19, 2026
"Saya rasa kali ini mental pemain berada dalam keadaan cukup kuat, jadi saya sendiri mengesahkan mental dan fizikal berada dalam keadaan terbaik.
"Saya berpesan kepada pemain acara regu berpasukan ini berprestij, perlu ke peringkat akhir untuk berikan emas buat negara. Tiada pilihan, pilihan hanyalah untuk menang.
"Regu berpasukan ini acara penting, saya telah berikan motivasi agar mereka mampu membawa pingat emas buat negara." kata
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menang dua pingat emas adalah pada Sukan Asia Beijing 1990.