Skip to main content

Olahraga

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Pencapaian di Oman petanda positif kuartet 4x100m lelaki, wanita negara

ddd

Penyelaras Program Kejurulatihan Olahraga Malaysia, Mohd Manshahar Abd Jalil, menyifatkan kempen skuad negara di Kejohanan World Athletics Continental Tour Bronze menunjukkan petanda positif menjelang saingan temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya yang akan bermula 19 Oktober ini.

Kejayaan kuartet negara meraih emas dalam acara 4x100m (meter) lelaki dan wanita membuktikan program latihan yang dilaksanakan berada di landasan tepat khusus melibatkan aspek teknikal larian.

Tidak banyak perkara yang perlu diubah sebaliknya hanya perlu memperhalusi percaturan giliran atlet yang menganggotai setiap kuartet pada perlumbaan sebenar nanti.

Meskipun pencapaian itu bukan ukuran mutlak kemampuan sebenar atlet negara, namun ia memberikan gambaran awal bahawa persiapan kem olahraga berjalan menepati perancangan.

"Alhamdulilah di sana atlet negara telah bersaing dengan atlet yang berada di peringkat tertinggi juga, memang sasaran di Oman untuk menentukan kuartet negara.

"Pingat emas itu menunjukkan prestasi yang baik dan dapat diperbaiki menjelang Sukan Asia nanti.

"Dalam Sukan Asia nanti, mungkin ada satu atau dua perubahan, kedudukan mungkin berubah tetapi atlet yang sama berdasarkan pencapaian semasa.

"Akan ditentukan oleh jurulatih acara pecut nanti." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement