Momen berharga buat seorang wartawan yang membuat liputan langsung secara eksklusif di lokasi akan menjadi kenangan terbaik sepanjang karier.
Detik manis buat wartawan Astro Arena yang bertugas, Fadhirul Shuhaimi, dan jurukamera, Azahari Mohd Din, apabila menjadi saksi kejayaan regu berpasukan sepak takraw negara menamatkan penantian 36 tahun untuk menggondol pingat emas temasya Sukan Asia.
Ketika sedang mendapatkan temu bual bersama pemain, bintang Liga Sepaktakraw (STL) dari Negeri Sembilan Antlers, Zuleffendi Sumari, tampil mengalungkan sendiri pingat emasnya kepada Fadhirul bagi meraikan bersama kejayaan penuh makna itu.
Tahniah buat wira-wira negara 🇲🇾
Terima kasih bagi saya merasa kalungan pingat Emas🥇@ASTROARENA pic.twitter.com/Sl3KQYLBch— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) September 25, 2026
Satu perasaan yang cukup gembira kerana menjadi sebahagian daripada sejarah.
Tahniah Golden Tigers!