Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Peluang seimbang, pingat kejuaraan ada di tengah gelanggang -- Jurulatih sepak takraw negara

dd

Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, tidak menafikan perasaan gementar melihat anak buahnya terpaksa berhempas pulas berjuang dalam gelanggang mencapai kemenangan sebelum mara ke pentas akhir regu berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Malaysia menewaskan Indonesia 2-1 dan dijadualkan berdepan musuh tradisi, Thailand di final esok. Malah, kem negara hanya selangkah untuk menamatkan kemarau 36 tahun pingat emas regu berpasukan Sukan Asia selepas kali terakhir melakukannya pada edisi Beijing, China pada 1990.

Meskipun terdapat elemen yang perlu diperbaiki, Ahmad Jais berasakan peluang menghadapi Thailand sebagai 'seimbang' dengan optimis pasukan yang kurang melakukan kekasaran berpeluang merangkul emas.

"Dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa risau apabila melihat pemain-pemain berusaha bersungguh-sungguh.

"Pasukan Indonesia juga, walaupun pasukan underdog namun cuba memenangi aksi itu. Saya lihat ada elemen perlu diperkemaskan lagi menuju final nanti.

"Saya harap pemain nampak kekurangan, dan apa perlu diperbaiki esok.

"Saya rasa peluang seimbang, peluang untuk melakukan dengan baik, kurang lakukan kesilapan ada peluang capai kemenangan. Pingat kejuaraan ada di tengah gelanggang. Paling penting komitmen dan usaha kita. Kami akan cuba lakukan yang terbaik buat negara." katanya.

 

Maklumat: Info siaran langsung final di sini.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement