Gandingan terjun negara, Pandelela Rinong- Nur Eilisha Rania Abrar Raj, terpaksa akur terlepas pingat gangsa selepas menamatkan saingan 10m (meter) terjun seirama wanita, Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di kedudukan keempat.
Aksi di Tokyo Aquatics Centre itu menyaksikan wakil negara itu mengumpul 247.29 mata.
Emas menjadi milik gandingan China, Chen Yu Xi-Lu Wei, selepas gah dengan 347.82 mata, diikuti Jo Jin Mi-Kim Mi Rae (perak) dan Kim Na Hyun-Moon Na Yun (gangsa) dari Korea Selatan.
Untuk rekod, Pandelela pernah meraih gangsa menerusi acara sama dalam edisi lalu di Hangzhou ketika digandingkan bersama Nur Dhabitah Sabri.