Skip to main content

Ragbi

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Nik Safuan sasar skuad ragbi 7s negara mara ke suku akhir

ff

Ketua jurulatih ragbi 7s (sepasukan) negara, Nik Safuan Ismade Nik Man, tekad menjadikan Kejohanan Siri Asia yang dijadualkan berlangsung di Suzhou, China 29 hingga 30 Ogos depan sebagai persiapan terakhir pasukannya sebelum melangkah ke temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Dia sedar meskipun berperang dengan masa, pengendali kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu memberikan jaminan akan cuba sedaya upaya membentuk skuad mantap sebelum berlepas ke Jepun pada 21 September depan.

Tanpa berselindung dia akui, skuad Bunga Raya 7s lelaki negara berdepan tugas getir di Sukan Asia apabila diundi dalam Kumpulan A yang turut menempatkan juara bertahan, Hong Kong, China dan Uzbekistan.

Untuk rekod, dalam edisi Hangzhou 2022, skuad negara menamatkan kempen di kedudukan keenam selepas tewas 14-28 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi penentuan tempat kelima.

 

 

 

 

"Kami baru sahaja memulakan persiapan, ini minggu kedua kami jalani Latihan. Masih lagi belum bersama skuad penuh dalam Latihan kerana bakal ada empat atlet daripada SUKMA nanti.

"Uzbekistan, Hong Kong dan China dalam saingan peringkat kumpulan, secara realistiknya dengan persiapan yang ada agak berat untuk capai KPI.

"Bagi saya, saya ada KPI buat pemain dimana wajib menang ke atas Uzbekistan, dan kurangkan defisit gol berdepan China dan Hong Kong agar berada di kedudukan tiga terbaik untuk ke suku akhir." katanya.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video