Perjalanan beregu campuran skuasy negara, Aifa Azman-Syafiq Kamal, terhenti dalam pusingan suku akhir selepas tewas 0-2 dalam acara skuasy, Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya Kinjo Futo Arena, sebentar tadi.
Wakil negara tewas kepada wakil Hong Kong, Lee Kai Yi-Tang Ming Hong, dalam aksi straight set, 7-11,5-11 dalam tempoh 22 minit.
🚨Upset, pilihan utama Aifa Azman dan Syafiq Kamal kandas di suku akhir beregu campuran. Tewas 11-7, 11-5 kepada lawan dari Hong Kong sekaligus misi tukar perak ke emas tidak kesampaian. 🔚🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/9EqgqfZzKK
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 25, 2026
Untuk rekod, beregu negara itu merangkul pingat perak dalam edisi di Sukan Asia Hangzhou pada 2022.