Skuad hoki wanita negara tidak berdepan masalah menewaskan Indonesia 3-0 dalam saingan klasifikasi ke 5/8, Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Gifu Prefectural Green Stadium, sebentar tadi.
Tempoh 20 minit diperlukan penyerang negara, Zati Alyani Muhamad Zubir, untuk membuka tirai jaringan menerusi gol padang sebelum Khairunnisa Ayuni Sharuddin menggandakan kedudukan menjadi 2-0 menerusi pukulan sudut penalti.
Selang 14 minit kemudian, Khairunnisa sekali lagi menambah derita Indonesia selepas menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-55 untuk melengkapkan kemenangan The Mighty Tigresses.
Thailand ataupun Chinese Taipei menanti negara dalam aksi seterusnya.