Juara bertahan acara 100m wanita Sukan Asia, Ge Manqi, tersingkir seawal pusingan pertama gara-gara kecederaan otot paha dalam aksi saringan keempat di Stadium Olahraga Mizuho sebentar tadi.
Manqi muncul pemenang pingat emas dalam edisi di Hangzhou pada 2022 dengan catatan 11.23s dan diletakkan sebagai pilihan utama untuk mempertahankan gelarannya dalam edisi Aichi-Nagoya kali ini.
Dia mengungguli saingan 50 meter pertama sebagai pelari paling depan tetapi secara tiba-tiba, dia mengalami kecederaan otot paha.
Biarpun masih dapat menamatkan perlumbaan dalam keadaan terhincut-hincut, Manqi gagal ke separuh akhir selepas menduduki tempat keempat dengan catatan 12.13s.