Skip to main content

Badminton

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Ini sasaran pingat kem badminton negara

fff

Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky, menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat perak dan satu gangsa mampu diraih kem badminton negara di temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober depan.

Rexy bagaimanapun percaya tidak mustahil anak buahnya capai keputusan lebih baik termasuklah menamatkan penantian dua dekad kontinjen Malaysia untuk meraih pingat emas badminton selepas kali terakhir melakukannya menerusi gandingan beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi Doha 2006.

Tanpa meletakkan tekanan terlalu tinggi buat barisan pemain negara, Rexy menyifatkan sasaran awal satu pingat perak dan satu pingat gangsa sebagai realistik dan mampu dicapai.

Pengendali kelahiran Indonesia itu turut mengakui keputusan undian Sukan Asia kelak bakal menentukan hala tuju perjalanan kem badminton negara, terutamanya bagi pasangan yang tidak berada di kelompok pilihan teratas sekali gus berkemungkinan besar terpaksa hadapi pencabar utama lebih awal.

"Kami harus realistik juga. Memang kami tidak hilang motivasi, memang sasaran satu gangsa dan satu perak.

"Kami mengharapkan prestasi DinFei yang berada dalam prestasi terbaik dibantu Aaron-Tee Kai Wun, kedua-dua pemain ini mempunyai pengalaman.

"Minggu ini dan waktu di sana nanti adalah bagaimana kami menjaga fikiran mereka, fokus mereka agar boleh berikan aksi terbaik nanti." tambahnya.

Dalam pada itu, gandingan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, memasang impian besar untuk menghadiahkan pingat emas buat Malaysia.

Berbekalkan prestasi konsisten sepanjang musim ini, beregu nombor enam dunia itu memberikan jaminan mereka akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan misi tersebut di bumi matahari terbit itu.

"Keadaan kami bagus selepas pulang daripada Masters China, setiap atlet pasti akan berikan yang terbaik, enam pingat emas sasaran realistik buat kontinjen negara.

"Kami letakkan sasaran yang tinggi iaitu pingat emas." katanya Sze Fei-Nur Izzuddin.

Dalam perkembangan sama, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tekad untuk melangkah lebih jauh di penampilan Sukan Asia kali ini apabila perjalanan mereka pada edisi Hangzhou 2022 terhenti dalam pusingan suku akhir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Leo So ee 21-15, 11-21, 7-21.

"Apabila pulang daripada Masters China kami sudah jalani persiapan, buat masa ini bagus," tambah Thinaah.

"Satu minggu ini memang kami berikan yang terbaik, cari rentak dan permainan kami, kami harap dapat capai keputusan terbaik nanti." kongsi Pearly.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement