Beregu wanita nombor satu dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning, dari China terpaksa akur terlepas pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Ichinomiya City Municipal Gimnasium, sebentar tadi.
Juara dunia 2025 itu tewas kepada beregu nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Lee Sohee-Baik Hana, menerusi aksi rubber set, 28-26, 18-21, 18-21, dalam tempoh 1 jam 51 minit pertarungan untuk berpuas hati dengan perak.
#AsianGames2026 #Badminton
What a battle. Four absolutely tired souls. 111 minutes!
Just like they did at the World Championships, Baek Ha Na and Lee So Hee beat Tan Ning and Liu Sheng Shu to become Asian Games gold medallists.
Liu couldn't move on the court at all towards… pic.twitter.com/wfQe6hNGFf— Vinayakk (@vinayakkm) September 29, 2026
Untuk acara ini, beregu Wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, dan jaguh dari Jepun, Rin Uesaka-Kie Nakanishi meraih pingat gangsa.