Aksi The Speedy Tigers menentang China dalam kempen peringkat Kumpulan B, Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 menjadi titik bersejarah buat seorang penyerang prolifik yang cukup sinonim dalam arena hoki negara iaitu Faizal Saari.
Pemain yang menyarung jersi keramat bernombor 10 itu berjaya menjaringkal gol ke-300 peribadinya di peringkat antarabangsa sepanjang tempoh 17 tahun membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
Penyerang prolifik Speedy Tigers, Faizal Saari cipta sejarah peribadi apabila menjaringkan gol ke-300 antarabangsa ketika tewaskan China 5-0.
300 gol sepanjang 17 tahun, peratusan jaringan yang cukup luar biasa & diharapkan ‘Abe’ terus pacu kejayaan ke final.@ASTROARENA pic.twitter.com/E8JEYJJa4F— karlnunis (@_karlnunis) September 28, 2026
Kempen Sukan Asia kali ini menyaksikan Faizal Saari mengumpul sembilan gol, yang tertinggi dalam skuad Malaysia sepanjang lima aksi peringkat kumpulan.
Lebih manis lagi, Faizal membantu pasukan negara untuk mara ke peringkat separuh akhir saingan hoki lelaki dengan rekod bersih apabila memenangi kesemua lima perlawanan, dengan Faizal unggul menjaringkan gol dalam setiap aksi tersebut.