Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Dua beregu campuran negara langkah kanan

g
Advertisement

Dua beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Chen Su Yin dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, tidak berdepan sebarang masalah untuk mara ke pusingan 16, Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas masing-masing tampil dengan aksi cemerlang untuk menamatkan perlawanan menerusi straight-set dengan keputusan 2-0 sebentar tadi.

Meskipun perlawanan sengit di set pertama, pasangan yang baru digandingkan bersama, Tang Jie dan Su Yin berjaya menewaskan wakil Bangladesh, Jumar Al-Amin dan Urmi Akter 21-14.

Advertisement

 

 

Advertisement

 

Jumar-Akter yang kini berada di ranking 194 dunia itu terus ditekan pasangan negara di set kedua sekali gus terpaksa akur tewas 9-21, untuk kemenangan buat wakil negara.

Dalam pada itu, satu lagi pasangan negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai, turut bermula dengan langkah kanan selepas mudah menumpaskan beregu campuran dari Taiwan, Yang Po-Hsuan dan Hu Ling Fang dengan keputusan 21-14, 21-11.

 

 

 

Chen Tang Jie-Chen Yu Sin dijadualkan bertemu pasangan dari Korea Selatan, Kim Jaeh Yun-Jang Hajeong di pusingan seterusnya, manakala wakil India, Tanisha Crasto dan Dhruv Kapila menjadi halangan seterusnya buat Goh Soon Huat-Shevon Lai.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement