Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Butir Emas pertama di bumi Jepun, Adeola Fay Robert bawa pulang Proton e.MAS

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Butir Emas pertama di bumi Jepun, Adeola Fay Robert bawa pulang Proton e.MAS
Advertisement

Emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bukan sahaja membawa kegembiraan buat Adeola Fay Robert, malah bakal menghadiahkan atlet karate negara itu sebuah Proton e.MAS.

Adeola muncul juara acara kumite wanita bawah 55 kilogram (kg) selepas menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4 dalam aksi final di Gimnasium Toyohashi Aichi, sebentar tadi.

Advertisement

Atlet negara itu bermula garang apabila mengumpul empat mata menerusi empat kutipan yuko untuk mendahului 4-0.

Bagaimanapun, Fatemehzahra bangkit memberi tekanan, namun Adeola kekal tenang sebelum mengesahkan kemenangan 6-4 untuk menghadiahkan emas pertama kontinjen negara di Aichi-Nagoya.

Advertisement

Sebelum itu, Adeola menempah tiket ke final selepas menewaskan wakil Kazakhstan, Smasheva Bella, 5-4 dalam aksi separuh akhir.

Lebih manis, kejayaan meraih emas itu turut membawa ganjaran istimewa apabila Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) sebelum ini menjanjikan sebuah kereta elektrik Proton e.MAS kepada setiap pemenang pingat emas negara di temasya berkenaan.

Daripada gelanggang karate ke kunci kereta elektrik -- pingat emas Adeola kini hadir bersama ganjaran yang cukup lumayan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video