Seorang penyokong dari China memberikan sebiji buah epal paling manis kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, yang sedang membuat liputan di Jepun untuk diberikan kepada legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei.
Perkara itu susulan difahamkan anak kepada penyokong itu menyambung pelajaran di Malaysia, malah penyokong misteri itu berkongsikan pernah melihat bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia itu menewasakan bekas jaguh China, Lin Dan di Sarawak.
"Bagaimana saya mahu beri kepada Lee Chong Wei? Anak dia pernah belajar di Malaysia dan dia pernah menyaksikan Chong Wei menewaskan Lin Dan di Sarawak.
"Bantu saya untuk berikan buah epal ini!" kongsinya.
Persoalannya, siapakah penyokong fanatik dari tanah besar China itu?