Adeola Fay Robert -- bukan sahaja cemerlang di atas tatami, tetapi juga cemerlang dalam akademik!
Atlet 20 tahun kelahiran Tambunan, Sabah ini jadi taruhan bermakna jurulatihnya, R. Sharmendran di debut penuh bermaknanya ini.
Lahir dari keluarga akademik dengan kedua ibu bapanya, dan jugak adik beradiknya merupakan seorang guru.
Jadi tidak hairanlah pelajar bijak harapan kem karate ini tangkas mengawal lawan di atas tatami!
Yang penting, Adeola menjadi pemilik Proton e.MAS seperti yang dijanjikan Persekutua Karate Malaysia, MAKAF kepada pemenang pingat emas Sukan Asia 2026.
Cemerlang Akademik & atas Tatami !
Adeola Fay Robert merupakan pelajar cemerlang & lahir dalam keluarga akademik, ibu, bapa, adik beradik merupakan seorang guru.
20 tahun dari Tambunan, Sabah, Adeola dilabel sebagai ‘Mesin’ oleh jurulatihnya R. Sharmendran.@ASTROARENA pic.twitter.com/xJ5j9b7K3S— karlnunis (@_karlnunis) September 22, 2026
Untuk cerita lebih komprehensif pemenang emas pertama Malaysia di Sukan Asia 2026, Adeola ini, ikuti Nadi Arena jam 7.30 malam ini.