Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Adeola atau Cheong Min penyumbang emas pertama?

Siapa bakal butir pingat emas pertama? Adeola atau Cheong Min?

Debaran penantian pingat emas Malaysia di Sukan Asia 2026 bakal berakhir di tangan srikandi negara petang nanti.

Apakah pingat emas pertama negara bakal hadir menerusi atlet karate negara Adeola Fay Robert ataupun atlet wushu, Tan Cheong Min yang turun dengan misi memperbaiki pingat perak yang diraih di edisi Hangzhou lalu.

 

Srikandi negara harapan emas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 :

WUSHU (Nanquan & Nandao)
Tan Cheong Min

KARATE (Kumite -55kg)
Adeola Fay Robert@ASTROARENA pic.twitter.com/jepqNhPPih

— karlnunis (@_karlnunis) September 22, 2026

Adeola melangkah ke final acara Kumite Individu Wanita 55Kg selepas menumpaskan wakil Kazakhstan, Bella Samasheva untuk susun pertemuan akhir menentang atlet Iran, Fatemah Zahra Saeidabadi jam 3.20 petang ini.

 

🚨🚨🚨
TERKINI !!!!

Adeola Fay Robert ‘memastikan’ tuaian pingat kem negara berterusan selepas mara ke final kumite (-55kg).

3.20pm waktu Malaysia, pastikan anda bersama @ASTROARENA jadi saksi detik bersejarah 🇲🇾 pic.twitter.com/ZIEcefmcSs

— karlnunis (@_karlnunis) September 22, 2026

Sementara Cheong Min pula akan bertanding di aksi final nandao jam 2.20 petang ini bagi merebut peluang menggenggam emas pertama Sukan Asia 2026 dalam acara final nanquan & nandao wanita.

Terdahulu Cheong Min menamatkan acara nanquan di kedudukan kedua dengan 9.726 mata, ketinggalan di belakang wakil China, Zhang Yaling yang meraih 9.783 mata.

Saksikan siaran langsung aksi kontinjen negara secara eksklusif di Astro Arena Saluran 801 sekarang ini.

 

Tan Cheong Min kedua terbaik daripada 10 atlet dalam Nanquan sekaligus berpeluang raih pingat, namun perlu lengkap gabungan acara Nandao dengan aksi yang lebih baik petang ini. 🔥🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/2b242zbVZ7

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 22, 2026

 

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)

 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement