Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Ada elemen perlu diperbaiki -- Ahmad Jais belum puas hati prestasi anak buah

dd

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, mengakui masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki anak buahnya meskipun berjaya melakar kemenangan bergaya 3-0 mengatasi Jepun dalam perlawanan pembukaan acara regu berpasukan di Sukan Asia Aichi-Nagoya semalam.

Ahmad Jais menegaskan antara aspek yang perlu diberikan perhatian ialah servis tekong selain ketajaman penyudah menyempurnakan peluang terhidang yang diraih sepanjang perlawanan.

Dia turut percaya kemenangan yang diraih ke atas pasukan tuan rumah itu mampu menjadi pembakar semangat buat Malaysia dalam meniti laluan pemburuan emas regu berpasukan di bumi Nagoya itu.

 

 

 

Kem negara bakal meneruskan aksi menentang Filipina esok sebelum menutup saingan peringkat kumpulan pada Selasa bertemu India.

"Tahniah kepada barisan pemain, jika dilihat ada beberapa elemen yang perlu diperbaiki. Kami akan lakukan pascanilai setiap hari selepas sesi aksi pertama dan perbaiki daripada masa ke semasa untuk aksi kedua.

"Daripada segi konsistensi servis dan hataran yang tidak boleh dapatkan mata, kami akan cuba perkemaskan lagi." katanya.

 

 


 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement