Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026: Faizal, Fitri masih berbisa!

Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026: Faizal, Fitri masih berbisa!
Advertisement

Sembilan gol, hampir sejam berjuang dan akhirnya satu kemenangan yang cukup bermakna buat adik-beradik Saari -- Faizal dan Fitri.

Kemenangan itu bukan sekadar mengenai tiga mata buat The Speedy Tigers, sebaliknya membawa makna lebih besar buat dua beradik yang melalui pengalaman berbeza ketika Sukan Asia Hangzhou tiga tahun lalu.

Advertisement

Ketika itu, Fitri diketepikan manakala Faizal pula berdepan detik cemas dalam kempen yang meninggalkan kenangan pahit buat skuad hoki lelaki negara.

Lebih mengecewakan, Pakistan menjadi pasukan yang mencalar imej dan reputasi The Speedy Tigers pada temasya berkenaan.

Advertisement

Kini, di Aichi-Nagoya, kedua-dua adik-beradik itu kembali memainkan peranan penting apabila masing-masing mencetak gol dalam kemenangan sembilan gol Malaysia.

Ia juga menjadi bukti bahawa pengalaman Faizal dan Fitri masih amat diperlukan, biarpun kedua-duanya sering dikaitkan dengan gelaran “kuda tua”.

Fitri menegaskan pengalaman serta kepantasan membuat keputusan menjadi antara aspek penting dalam usaha Malaysia meneruskan cabaran.

“Kita perlukan pengalaman, kepantasan dalam membuat keputusan namun perkara paling penting adalah memastikan kemenangan.

“Saya berharap kami mara ke separuh akhir dan seterusnya ke final,” kata Fitri.

Sementara itu, Faizal memilih untuk tidak terlalu memikirkan pencapaian individu sebaliknya mahu memastikan Malaysia terus konsisten dalam saingan kumpulan.

“Buat masa ini, kami perlu menikmati kemenangan ini dan selepas ini menilai corak permainan China dan akan cuba memastikan menjuarai peringkat kumpulan,” katanya.

Buat adik-beradik Saari, kemenangan ini menjadi lembaran baharu selepas episod mengecewakan di Hangzhou — dengan kedua-duanya kini kembali memburu peluang untuk membantu Malaysia mencipta sesuatu yang lebih besar di Aichi-Nagoya.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video