Skip to main content

Silat

Sukan Asia 2026: Silat boleh bantu pungutan pingat kontinjen Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Bibi

"Silat 90 peratus (%) bakal dipertandingkan dalam Sukan Asia 2026"

Demikian perkongsian Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Bibi Aishah Golbal Shah, yang meletak harapan tinggi silat akan dipertandingkan dalam Sukan Asia Nagoya-Aichi 2026, September depan.

Advertisement

Ia, sekali gus memberi peluang buat silat menjadi lubuk pingat kontinjen Malaysia dalam temasya yang berlangsung empat tahun sekali itu dengan pemilihan pesilat elit negara akan dibuat untuk menghadapi musim 2026.

"Kemungkinan dan saya yakin 90 peratus untuk silat dimasukkan dalam kejohanan tersebut.

"Kita sama-sama doakan kerana silat boleh membantu pungutan ingat.

"Kita akan membuat pemilihan atlet yang akan mewakili negara.

"Atlet kebangsaan pada Oktober lalu akan bertanding dengan atlet podium yang ada.

"Sesiapa yang berjaya akan mewakili negara," katanya di Nadi Arena.

Bibi juga menyifatkan 2026 bakal menjadi tahun paling sibuk buat skuad silat negara dengan pelbagai kejohanan berprestij akan dihadapi, sekali gus menjadi persiapan terbaik untuk menggegar Sukan SEA Malaysia 2027.

"Kita cuba memohon untuk menjadi tuan rumah bagi Kejuaraan Asia tahun ini.

"Kejohanan Dunia pada bulan 12. Kita telah merancang untuk mengadakan latihan di luar negara termasuk sesi-sesi motivasi.

"Perancangan ini berterusan hinggan 2027," tambahnya.

Must Watch Video