Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia 2026: Kembali tunggang kuda selepas 15 tahun, ibu empat anak kini taruhan ekuestrian Malaysia di Aichi-Nagoya

Sukan Asia 2026: Kembali tunggang kuda selepas 15 tahun, ibu empat anak kini taruhan ekuestrian Malaysia di Aichi-Nagoya

Tokoh korporat dan ibu kepada empat cahaya mata, Diani Lee, kembali menyarung cabaran di pentas antarabangsa apabila dipilih mewakili Malaysia dalam acara dressage pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Lebih istimewa, penampilan itu bakal menyaksikan Diani kembali mewarnai temasya Sukan Asia selepas hampir dua dekad.

Diani membuat penampilan sulung bersama kem negara 20 tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk bersara daripada arena kompetitif.

Selepas 15 tahun meninggalkan dunia persaingan, Diani bagaimanapun membuat keputusan mengejutkan untuk kembali aktif demi merealisasikan misi yang disifatkannya sebagai sebuah perjuangan yang masih belum selesai.

Kembalinya Diani bukan sekadar mengenai sukan.

Sebagai ibu kepada empat anak selain menggalas tanggungjawab dalam dunia korporat, keputusan untuk kembali berlatih dan beraksi di pentas tertinggi menuntut pengorbanan besar dari segi masa, tenaga serta komitmen.

Lebih mencabar, Diani sebelum ini tidak disarankan untuk kembali aktif dalam arena kompetitif.

Namun, nasihat tersebut tidak memadam keazaman atlet berpengalaman itu.

Sebaliknya, ia menjadi pembakar semangat untuk membuktikan bahawa usia dan tanggungjawab keluarga bukan penghalang untuk mengejar impian.

Kini, Diani diberi kepercayaan untuk memperkuatkan cabaran skuad ekuestrian Malaysia di Aichi-Nagoya menerusi acara dressage.

Malaysia turut mempertaruhkan Shoorendran Nageswaran dalam acara show jumping bagi memburu kejayaan pada temasya yang dijadual berlangsung September ini.

Bagi Diani, pemilihannya bukan sekadar peluang untuk kembali ke pentas Sukan Asia, tetapi ruang untuk melengkapkan perjalanan karier yang pernah terhenti 15 tahun lalu.

Selepas dua dekad daripada penampilan pertamanya, Diani kini kembali dengan pengalaman yang jauh lebih luas — bukan sahaja sebagai atlet, tetapi sebagai seorang ibu dan tokoh korporat.

Kisahnya menjadi bukti bahawa impian tidak mempunyai tarikh luput.

Dan di Aichi-Nagoya nanti, Diani mahu membuktikan satu perkara — misi di pentas antarabangsa masih belum selesai.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video