Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia 2026: Berguru di Korea Selatan, Chin Ken Haw mahu cipta kejutan di Aichi-Nagoya

Sukan Asia 2026: Berguru di Korea Selatan, Chin Ken Haw mahu cipta kejutan di Aichi-Nagoya

Pengalaman menjalani kem latihan intensif di Korea Selatan kini menjadi ‘azimat’ buat Chin Ken Haw untuk mencipta kejutan di Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Skuad taekwondo negara menghabiskan tempoh latihan di Korea Selatan bulan lalu, termasuk berlatih dalam suasana berintensiti tinggi bersama jaguh tuan rumah.

Latihan yang direka menyerupai suasana kejohanan utama itu menjadi persediaan penting buat atlet negara memandangkan Kejohanan Dunia 2026 dan Sukan Asia berlangsung dalam tempoh yang singkat.

Kejohanan Dunia dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 20 September, manakala saingan taekwondo Sukan Asia berlangsung dari 1 hingga 3 Oktober.

Ken Haw kini antara sandaran negara di Aichi-Nagoya bersama Yow Mei Yee, dengan kedua-duanya bakal membawa cabaran Malaysia dalam acara poomsae dan freestyle.

Dengan persiapan di Korea Selatan sebagai bekalan, Ken Haw berharap pengalaman tersebut mampu diterjemahkan kepada keputusan luar jangka di pentas Asia.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement