Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melancarkan secara rasmi edisi kedua Subang Jaya Half Marathon 2026. Acara itu dianjurkan bersama Puncak Ventures SRA dan Persatuan Olahraga Para Selangor.
Penganjuran itu akan berlangsung pada 8 Februari 2026 di Arena MBSJ, menampilkan kategori 21 kilometer (km), 10km dan 5km termasuk kategori berkerusi roda.
Advertisement
MBSJ mensasarkan 4,500 penyertaan, meningkat berbanding 3,109 peserta tahun lalu, dengan jumlah hadiah keseluruhan dinaikkan kepada RM40,200.
Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2017 dan 2019, Muhaizar Mohamad, berasa amat dihormati apabila dijemput untuk menyertai acara ini, namun mengakui laluan larian yang ditetapkan merupakan cabaran hebat kerana laluan yang ditetapkan bukanlah sesuatu kebiasaan dalam latihannya.
"Bagi saya, saya sememangnya mahu mencuba laluan ini.
"Cubaan untuk mendapatkan catatan masa terbaik dan mensasarkan untuk menaiki podium," katanya.