Skip to main content

Sepak Takraw

STL pemangkin kepada kejayaan pasukan sepak takraw negara

STL
Advertisement

Kejayaan pasukan sepak takraw negara di pentas antarabangsa tidak hadir secara kebetulan sebaliknya turut dipacu oleh persaingan domestik yang kompetitif menerusi Sepak Takraw League (STL).

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari berpendapat bahawa pembangunan sesuatu sukan itu perlulah bermula daripada akar umbi.

Advertisement

“Kita perlu mencungkil bakat baharu itu dengan cara penganjuran program seperti ini (STL).” kata beliau ketika sesi sidang media pelancaran musim baharu STL.

Beliau turut menambah perkembangan sepak takraw di Malaysia hanya memperlihatkan hanya peningkatan tanpa penurunan justeru memperlihatkan perkara yang positif buat kancah sepak takraw negara.

Advertisement

Di samping itu, Presiden Persekutuan Takraw Malaysia (PSM), Datuk Wira Mohd Sumali Reduan berkata STL merupakan salah satu ekosistem pembangunan sukan sepak takraw di Malaysia.

“Ia sedikit sebanyak dapat melonjakkan mutu dan bakat pemain sepak takraw di negara dan kita dapat lihat pasukan negara berjaya menempa beberapa kejayaan terbilang dan ia adalah hasil kejayaan STL juga,” tambah beliau.

Dengan peningkatan kualiti pertandingan dari semasa ke semasa, STL berpotensi terus menjadi kilang bakat yang menyumbang kepada kekuatan dan kedalaman skuad sepak takraw Malaysia.

Justeru, STL bukan sekadar medan persaingan antara pasukan tetapi menjadi antara pemangkin penting dalam usaha melahirkan pemain berkualiti serta memastikan Malaysia terus menjadi kuasa yang disegani di pentas antarabangsa.

Shekhinah PR, selaku Rakan Media Digital CelcomDigi STL, akan membawakan perkembangan terkini, berita dan liputan sepanjang musim CelcomDigi STL menerusi Flash Sukan. Layari www.flashsukan.com.my untuk mendapatkan lebih banyak berita dan perkembangan terkini mengenai CelcomDigi STL.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video