Skip to main content

Sepak Takraw

STL: Kapten Malaysia hampir pasti kembali ke pangkuan Selangor Pistons

sepak takraw

Kapten skuad kebangsaan, Farhan Adam, hampir pasti menyertai Selangor Pistons bagi saingan musim baharu Sepak Takraw League (STL).

Difahamkan rundingan di antara kedua-dua pihak kini sudah mencapai kira-kira 80 peratus dan hanya menunggu beberapa perincian akhir sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Advertisement

Jika dimeterai, kehadiran Farhan dijangka mampu memperkuatkan lagi barisan Selangor Pistons dalam memberi cabaran lebih sengit musim ini.

"Insya-Allah saya akan bersama Selangor Pistons, tunggu hitam putihnya sahaja.

"Jiwa saya tetap untuk Selangor walaupun bermain di tempat lain sebelum ini.

"Dengan penghargaan yang diberikan Kerajaan Negeri Selangor tahun ini, saya kena hargainya dengan berbakti semula untuk Negeri Selangor," katanya.

Sempena Aidilfitri, tradisi raya yang suatu ketika dahulu begitu meriah dalam kalangan kanak-kanak kini dilihat semakin berbeza bagi Farhan.

Aktiviti seperti bermain bunga api, berkunjung dari rumah ke rumah dan berkumpul bersama keluarga besar dikatakan semakin kurang dirasai generasi muda hari ini.

"(Saya merindui) takbir malam raya dari rumah ke rumah tapi saya (yang kini) duduk di kawasan bandar tak nampak (suasana) ini.

"Makanan lain saya tidak kisah sangat tapi raya sahaja saya makan rendang daging.

"Tidak kisah, kalau pergi beraya ke 10 rumah sekalipun, saya akan tetap makan rendang dagingnya," katanya. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video