Skip to main content

Rencana

Steph Curry, the Woodhalls antara atlet VVIP di Coachella 2026

j

Coachella merupakan satu festival musik terbesar tahunan yang diadakan di California yang ditunggu ramai, bukan sahaja untuk penduduk di Amerika Syarikat tetapi seluruh dunia.

Ia menjadi tumpuan bukan hanya kerana ‘line up artist’ yang akan membuat persembahan tetapi juga nama nama besar dari setiap industri yang turut muncul di kalangan peminat yang hadir.

Advertisement

https://x.com/WarriorsLatam_/status/2045911534023397651?s=20

 

 

 

 

Pastinya media sosial anda dibanjiri dengan set Justin Bieber yang tular kebelakangan ini apabila penampilan barunya menjadi satu momen besar dalam industri hiburan dunia. Pada masa yang sama, kita dapat melihat ramai juga atlit ternama dunia yang turut hadir untuk menikmati festival tersebut seperti orang biasa.

Antara yang mencuri tumpuan adalah Stephen Curry dan isterinya Ayesha, juga pasangan juara Olimpik Paris, Hunter dan Tara Davis Woodhall dengan outfit mereka yang santai mengikut tema Coachella itu sendiri.

 

 

 

  https://x.com/NBCOlympics/status/2043749039477236216?s=20

 

Kehadiran nama nama besar ini sering menjadi topik di media sosial dengan ramai peminat teruja melihat atlit kegemaran mereka di sisi yang berbeza, daripada kompetitif di atas gelanggang ke padang festival yang lebih santai dan bebas.

Ia juga mengajar kita bahawa di sebalik jadual padat dan tekanan prestasi yang tinggi, festival seperti ini boleh menjadi ruang buat atlit untuk menjadi manusia biasa.

Must Watch Video