Status empat pemain iaitu Bergson da Silva, Manuel Hidalgo, Shane Lowry dan Brad Tapp yang dilaporkan sebelum ini sudah memegang status pemain tempatan masih mencetuskan tanda tanya.
Perkara itu susulan semakan di pangkalan data pertukaran persatuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan nama empat pemain itu masih belum bertukar persatuan mereka.
Untuk rekod, laman rasmi itu merupakan platform menunjukkan perubahan nama persatuan yang diwakili seseorang pemain selepas bertukar kerakyatannya.
Menerusi MakanBola berkogsikan: "Semakan di platform tersebut mendapati nama Bergson, Manuel Hidalgo, Brad Tapp dan Shane Lowry tiada dalam senarai terbaru pertukaran persatuan yang diluluskan FIFA.
π¨π¨π¨
Bergson Da Silva π§π·π²πΎ
Manuel Hidalgo π¦π·π²πΎ
Shane Lowry π¦πΊπ²πΎ
Bradd Tapp π¦πΊπ²πΎ
FIFA ASEAN Cup, are you ready? π₯π―@ASTROARENA pic.twitter.com/vWNOtgCYN8β Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 21, 2026
"Keempat-empat pemain kini berstatus pemain tempatan. Bergson, Hidalgo dan Lowry berstatus pemain naturalisasi dengan Tapp ialah pemain warisan.
"Perkara ini disedari HarimauMYstats menerusi satu ciapan di X baru-baru ini. Dia merasa hairan mengapa belum ada kemas kini terbaru membabitkan kuartet tersebut." kongsinya.
Kehadiran pemain-pemain warisan ini dalam kempen FIFA ASEAN Cup semestinya akan menambah pilihan pemain buat Tan Cheng Hoe, memandangkan kejohanan itu peluang terbaik buat Harimau Malaya memperbaiki ranking pasukan.
