Skip to main content

Ragbi

SSR: Taktikal line-out sempurna MRSM Balik Pulau curi tumpuan

ssr mrasm bp ec

Taktikal line-out sempurna dipamerkan juara bertahan, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau menjadi 'game changer' ketika mereka mengatasi English College (EC) 10-7 dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Super School Rugby (SSR) di Balik Pulau sebentar tadi.

Ia mengukuhkan kedudukan BP Cougars selaku pendahulu kumpulan selepas menamatkan tiga perlawanan tanpa sebarang kekalahan.

Advertisement

Perbandingan terhadap pelaksanaan corak permainan line-out daripada kedua-dua pasukan menyaksikan keupayaan pemain EC dengan 'set piece' yang lebih tersusun tetapi BP Cougars memiliki variasi strategi untuk menyempurnakan line-out diperoleh, selain kebolehan jumper yang lebih mahir merampas bola selepas 'throw in' daripada hooker pihak lawan.

Meskipun EC lebih menguasai permainan sehingga BP Cougars ketinggalan 3-7 selepas tamat babak pertama, try serta conversion kemenangan buat tuan rumah terhasil daripada taktikal line-out yang cantik.

Keputusan perlawanan itu mengesahkan ramalan di atas kertas buat kedua-dua pasukan, di mana juara bertahan Divisyen Premier, BP Cougars, memastikan slot suku akhir pada ketika perjuangan EC berakhir.


 

Must Watch Video