Selepas terkandas di peringkat suku akhir divisyen akademi musim lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam bertekad menjadikan kempen Super Schools Rugby (SSR) 2026 lebih cemerlang dalam merealisasikan misi kelompok empat terbaik.
Dengan menganggap setiap lawan ada kekuatan masing-masing, Shah Alam Antlers yang giat mempersiapkan pasukan -- latihan sudah bermula Januari lalu -- termasuk menyertai beberapa perlawanan ujian sebagai analisis akhir prestasi pasukan sebelum kejohanan bermula pada 7 April.
Advertisement
Bagi ketua jurulatih, Mohamad Alif Asyraf, rata-rata anak buahnya semakin matang dalam permainan, namun aspek bertahan perlu lebih berdisiplin bagi mengelak kesilapan mudah.
Saingan kali ini menyaksikan Shah Alam Antlers diundi dalam Kumpulan X bersama SMK Edward, Akademi Ragbi Ipoh serta Akademi Ragbi Melaka.
"Ini perlawanan ujian kedua buat kami.
"Permainan kami agak baik tapi ada kesilapan yangh perlu diperbaiki.
"Disiplin di bahagian pertahanan (perlu diberi perhatian) kerana apabila ada pemain terlalu ingin terjah pihak lawan hingga tidak memikirkan perangkap ofsaid.
"Selepas terkandas dalam suku akhir tahun lalu, kali ini kami ingin melepasinya, seterusnya sasar ke final," kata Alif.