Skip to main content

Ragbi

SSR: SEMASHUR bangkit benam VI, julang kejuaraan di Stadium Merdeka

SSR: SEMASHUR bangkit benam VI, julang kejuaraan di Stadium Merdeka

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) mempamerkan semangat juang luar biasa apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Victoria Institution (VI) 37-33 dalam Grand Final Super School Rugby 2026 di Stadium Merdeka, hari ini.

Disaksikan hampir 10,000 penyokong yang membanjiri stadium bersejarah itu, kedua-dua pasukan menyajikan aksi berintensiti tinggi yang membuktikan mengapa mereka layak beraksi di pentas final.

VI tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Azhad Husaini melakukan try seawal minit pertama. Indra Putra kemudian menyempurnakan conversion bagi memberikan kelebihan 7-0 kepada pasukannya.

Bagaimanapun, SEMASHUR segera memberikan respons. Darwish Mokhzani berjaya melakukan try sebelum Uwaish Irwan menyempurnakan conversion untuk mengikat kedudukan 7-7.

Aksi terus berlangsung sengit dengan VI kembali di depan menerusi try Azriel Haziq yang disusuli conversion, sekali gus mengembalikan kelebihan kepada 14-7.

SEMASHUR sekali lagi merapatkan jurang menerusi satu lagi try, namun kegagalan menyempurnakan conversion menyaksikan mereka masih ketinggalan.

VI kemudian menambah lima lagi mata pada minit ke-25 hasil larian solo cemerlang Harith Irfan yang menamatkan gerakan dengan satu try menarik untuk melebarkan kedudukan kepada 21-12.

Ketinggalan jauh tidak menyaksikan SEMASHUR hilang rentak, mereka kembali merapatkan jurang menerusi satu lagi try sebelum wisel penamat babak pertama ditiup, sekali gus memastikan VI hanya membawa kelebihan tipis 21-19 ke bilik persalinan.

Memasuki babak kedua, SEMASHUR tampil dengan corak permainan yang jauh lebih agresif dan tersusun.

Pasukan itu berjaya menghasilkan try serta conversion untuk memintas buat kali pertama dalam perlawanan dengan mendahului 26-21.

Momentum terus memihak kepada SEMASHUR apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang tenang disempurnakan Uwaish Irwan untuk menambah tiga lagi mata dan melebarkan jurang kepada lapan mata.

Belum sempat VI bangkit menyusun serangan, SEMASHUR sekali lagi menghukum lawan menerusi satu lagi try, menjadikan kedudukan 34-21.

Tiga mata kemudian dikutip SEMASHUR menerusi penalti yang disempurnakan Darwish untuk mendahului 37-21.

VI akhirnya menemui jalan untuk meraih mata dalam separuh masa kedua, mereka mraih dua try dan satu conversion untuk merapatkan kedudukan 37-33.

Namun ia sudah terlewat untuk menafikan kemenangan bersejarah SEMASHUR menamatkan saingan selaku juara. 

Kemenangan itu melengkapkan menyaksikan SEMASHUR untuk muncul juara Super School Rugby 2026 divisyen premier buat kali ketiga, sekali gus menutup tirai kejohanan dengan penuh bergaya di hadapan ribuan penyokong yang mencipta suasana luar biasa di Stadium Merdeka.

Final tersebut turut membuktikan bahawa ragbi sekolah di Malaysia terus berkembang pesat apabila hampir 10,000 penonton hadir menyaksikan aksi kemuncak, sekali gus mencipta satu lagi detik bersejarah buat pembangunan sukan di peringkat akar umbi negara.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Related Topics

Must Watch Video