Skip to main content

Ragbi

SSR: Sekolah Sultan Alam Shah pasang impian besar

SSR

Edisi lalu menyaksikan Sekolah Sultan Alam Shah tersingkir di pusingan 16 dan tumpas kepada juara bertahan, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau.

Menjelang perlawanan pembukaan Super Schools Rugby (SSR), SAS sudah pun membuat persiapan awal dalam menghadapi musim baru dengan sasaran yang lebih tinggi.

Advertisement

Ketua jurulatih, Mohd Piza Yahya, menganggap skuad tahun ini lebih ampuh selepas persiapan rapi telah dilakukan dengan pendedahan lebih minit permainan sebelum menghadapi SSR.

"Kami telah mempersiap pasukan dengan kejohanan dan menghadapi beberapa siri perlawanan ujian dengan lawan yang hebat.

"Kami juga telah mengenal pasti kelemahan.

"Harungi perlawanan ke satu perlawanan untuk memperbaiki dari masa ke semasa.

"Semuanya bertambah baik," katanya.

Meskipun Piza mengimpikan momen magis seperti apabila mereka berjaya menundukkan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) setelah sekian lama, namun dia tidak mahu mendabik dada -- malah hanya ingin fokus satu demi satu perlawanan terlebih dahulu.

"Saya harap anak-anak buah menunjukkan prestasi yang lebih baik mensasarkan harapan yang besar," katanya lagi.
 

Must Watch Video