Skip to main content

Ragbi

SSR: SAS enggan bersandarkan rekod pertemuan lalu

a

Ketua jurulatih Ragbi 15 sepasukan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Mohd Piza Yahaya, enggan menjadikan rekod pertemuan lalu menentang Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) sebagai kayu pengukur menjelang perlawanan suku akhir Super Schools Rugby (SSR) Premier 2026 di Tanjung Malim, Ahad ini.

Meskipun pertemuan lalu memihak pasukannya, pengendali kelahiran Batu Pahat, Johor berusia 48 tahun itu percaya SDAR pastinya hadir dengan prestasi berbeza tatkala kedua-dua pasukan mengintai peluang untuk mencipta sejarah mara ke pentas separuh akhir.

Lebih melegakan Piza apabila SAS bebas daripada sebarang isu kecederaan membabitkan barisan pemain utamanya.

Untuk rekod, musim lalu perjalanan SAS terhenti selepas tewas kepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau dalam pusingan 16.

"Berjalan seperti yang dijalankan, pemain ada tempoh pemulihan. Dalam masa sama, pemain tetap berlatih biarpun cuti persekolahan.

"Selepas enam bulan, prestasi kedua-dua pasukan pasti telah meningkat jadi peluang 50-50.

"Pasukan yang dapat menyesuaikan diri, berpeluang untuk menang," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video