Skip to main content

Ragbi

SSR: Persiapan rapi formula SMK Shah Alam hadapi SMK King Edward VII

SSR

Di kala mood Hari Raya masih ada pada 19 Syawal, lain cerita buat barisan pemain ragbi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam.

Pengorbanan melupakan jemputan rumah terbuka Hari Raya mereka dengan kesibukan latihan membuahkan hasil apabila membenam Akademi Ragbi Melaka dengan keputusan 20-3.

Advertisement

Bagi ketua jurulatih SMK Shah Alam, Mohamad Alif Asyraf, komitmen anak buahnya dipuji sejak ramadan lagi apabila sedia menjalani latihan sejurus selesai solat tarawih selain melupakan baki sambutan raya lebih awal bagi menghadapi divisyen Akademi, Super School Rugby (SSR), musim ini.

"Untuk persiapan, kami sudah jangkakan bahawa SSR ini adalah satu kejohanan yang biasa.

"Kami sedar akan berdepan dengan bukan calang-calang pasukan di peringkat kumpulan.

"Kami mengadakan persiapan sejak awal tahun malah turut turun berlatih ketika Ramadan," katanya di Nadi Arena.

Alif juga mengambil maklum ada yang menilai mereka sebagai 'skuad kedua Selangor', namun Alif ambil itu sebagai pembakar semangat buat diri dan anak buahnya untuk buktikan sesuatu dengan sasaran selepas ini untuk mengalahkan SMK King Edward VII dari Taiping, Perak.

"Biarpun apa pun yang diperkatakan mengenai taraf saingan yang disertai SMK Shah Alam, kami cuba jadi yang terbaik.

"Harapan saya dalam perlawanan kedua kelak, kami mampu mengatasi King Edwards Taiping yang mempunyai nama besar," katanya. 

Must Watch Video