Skip to main content

Ragbi

SSR: Pemain ragbi Sekolah Sultan Alam Shah buktikan kecemerlangan akademik

ragbi

Bekas pemain tengah pasukan ragbi Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Ahmad Anaqi Asyraf, yang meraih 9A + dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 membuktikan mereka mampu mengimbangi kehidupan sebagai pelajar dan atlet. 

Dengan beberapa kejayaan melakar sejarah bersama SAS ketika beraksi dalam Super School Rugby (SSR) Anaqi juga membuktikan aktif dalam ragbi bukanlah penghalang kepada kecemerlangan akademik.

Advertisement

"Bermain ragbi satu halangan untuk prestasi akademik.

"Ibu tetapkan agar saya menjaga prestasi akademik yang menjadikan saya lebih fokus.

"Kepada-kepada mana-mana murid, jangan lupa belajar kerana ia perkara utama dalam kehidupan kita," katanya.

Sementara itu, detik mengharukan buat ketua jurulatih ragbi SAS apabila usaha yang dilakukannya membuahkan hasil lumayan.

Bukan sahaja dapat melihat anak buahnya cemerlang di atas padang, malah juga di luar padang bagi menjadi pembakar semangat kepada pasukan tahun ini untuk mengikut jejak langkah sama.

Kami gunakan masa sebaik mungkin -- belajar, rehat dan cuti -- dengan tetap mengutamakan akademik," katanya pula.

Kapten pasukan ragbi SAS 2025, Haikal Khilmi, yang menempatkan diri dalam senarai 12 atlet ragbi yang meraih semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, menganggap ia satu penebusan kepada apa yang berlaku ketika Super School Rugby (SSR).

Kekalahan dalam pusingan 16 kepada juara menanti, iaitu MRSM Balik Pulau, jelas meruntun semangat rakan sepasukan meskipun ia pencapaian buat SAS.

Dan baginya yang juga merupakan seorang ketua tingkatan, kejayaan 9A ini sedikit sebanyak menyembuhkan kekecewaannya dalam kegagalan membawa pasukannya lebih jauh sebelum ini.

Seorang lagi bekas pemain tengah ragbi SAS, Farish Shauqy, yang juga menjawat jawatan ketua murid pada 2025 menganggap kejayaan peroleh 9A ini lebih manis apabila ia seiring dengan ikatan silaturahim yang kuat dalam kalangan rakan sepasukan.

Topik Berkaitan

Must Watch Video