Skip to main content

Ragbi

SSR: Muncul juara hadiah paling manis buat pengetua sebelum bersara

SSR: Muncul juara hadiah paling manis buat pengetua sebelum bersara

Pengetua Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR), Mariam Shamsudin, tidak dapat menyembunyikan rasa bangga dan gembira selepas pasukan ragbi sekolah itu muncul juara Super School Rugby (SSR) 2026, hasil kebangkitan dramatik menewaskan Victoria Institution (VI) di Stadium Merdeka.

Menurut Mariam, kejayaan tersebut adalah hasil pengorbanan, disiplin dan kerja keras yang dipamerkan oleh para pemain serta barisan guru sepanjang musim.

“Jujur cakap, memang bangga dan gembira atas kejayaan ini. Ini merupakan usaha anak-anak saya dan para guru dalam memastikan kemenangan,” katanya.

Mariam turut mengakui tidak pernah hilang keyakinan terhadap kemampuan pasukan walaupun SEMASHUR ketinggalan pada satu ketika dalam perlawanan akhir.

“Sebenarnya saya tidak pernah bimbang walaupun pasukan ketinggalan. Dalam tekanan, saya tahu pasukan ini akan bermain dengan lebih bersemangat,” katanya.

Mariam turut menyifatkan Super School Rugby sebagai platform terbaik dalam mencungkil bakat baharu, khususnya buat pelajar yang menyertai SEMASHUR dengan impian mengharumkan nama sekolah di pentas ragbi.

“Sebenarnya SSR banyak mencungkil bakat daripada anak-anak SEMASHUR. Rata-rata yang masuk ke sekolah kami meletakkan cita-cita untuk bermain untuk SEMASHUR,” jelasnya.

Dalam masa sama, Mariam mendedahkan musim depan berkemungkinan menjadi detik terakhirnya bersama pasukan apabila dijadualkan bersara pada Mei tahun hadapan.

Dia mengakui telah menyuarakan hasrat kepada para pemain untuk menghadiahkannya satu lagi kejuaraan sebelum menamatkan perkhidmatan sebagai pengetua.

“Saya telah meminta kepada para pemain, saya mahu menyaksikan pasukan SEMASHUR kembali menjulang gelaran.

“Jika jadual SSR musim hadapan sama seperti kali ini, mungkin saya tidak sempat untuk bersama pasukan sehingga penamat,” katanya.

Kejayaan menjulang trofi SSR 2026 bukan sahaja mengukuhkan reputasi SEMASHUR sebagai antara kuasa besar ragbi sekolah negara, malah menjadi hadiah paling bermakna buat Mariam yang bakal menamatkan kariernya dalam dunia pendidikan selepas sekian lama berkhidmat.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video